Thursday, 12 October 2017

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh 2018



Makluman kepada semua ibubapa tahun 6 SK2TK yang berminat. Iklan permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018 akan dibuka
tidak lama lagi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6 yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018.

Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila layari www.moe.gov.my

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2017 SK2TK

Asalamualaikum kepada semua warga sekolah dan ibubapa. Berikut admin sertakan jadual peperiksaan akhir tahun yang boleh dimuat turun.




JADUAL EXAM TAHUN 1

JADUAL EXAM TAHUN 2 & 3

JADUAL EXAM TAHUN 4,5,6

Wednesday, 4 October 2017

Perjumpaan Kokurikulum 2017


Perjumpaan minggu ini adalah perjumpaan terakhir bagi tahun 2017.

Mulai rabu minggu hadapan murid murid tahun 3,4 5 dan 6 akan pulang pada jam 12.30 pada setiap hari rabu.

Surat makluman akan diserahkan kepada ibubapa selewatnya jumaat ini.

En Shafit Penolong Kanan Kokurikulum juga memaklumkan murid murid tahun 4, 5 dan 6  perlu menyerahkan borang PAJSK untuk pengisian data Kokurikulum untuk tahun 2017.



Thursday, 23 March 2017

Saturday, 21 January 2017

Amalan Guru Penyayang 2017 SK2TK

Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah.Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. 





Objektif  utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.



Antara aktiviti-aktiviti yang akan  dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat ialah;


 i. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid
ii. Sambutan Hari ( memotong kek hari jadi dan pemberian hadiah )
iii. Program Mentor Mentee

Monday, 15 August 2016

MAKLUMAT KELAB SUKAN & PERMAINAN.2016

Asalam.
Perhatian kepada semua ketua dan guru penasihat KELAB SUKAN & PERMAINAN.

Sila kemaskinikan tarikh perjumpaan untuk sukan dan permainan dlm fail masing2 mengikut tarikh2 yg dinyatakan di bawah:

1. 04.01.16 - Mesyuarat Agung Tahunan
2. 27.01.16 - Latihan Merentas Desa
3. 29.01.16 - Merentas Desa
4. 09.03.16 - Aktviti kelab (nyatakan)
5. 06.04.16 - Aktviti kelab (nyatakan)
6. 20.04.16 - Pertandingn Permainan Dalaman (pusingan awal)
7. 27.04.16 - Pertandingn Permainan Dalaman (separuh akhir dan akhir)
8. 27.05.16 - Sukantara n Pra Sukan
9. 13.07.16 - Aktviti kelab (nyatakan)
10. 03.08.16 - Aktviti kelab (nyatakan)
11. 17.08.16 - Aktviti kelab (nyatakan)

Diharap semua ketua2 unit dpt mengemaskini fail dan tarikh tarikh perjmpaan supaya seragam.