Para ibu bapa, guru, dan murid kini boleh menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah melalui Portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Microsoft, Google dan Apple.

Untuk makluman, Portal DELIMa telah dilancarkan oleh Ybrs. Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 15 Jun 2020.

Portal DELIMa adalah penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang sebelum ini dibangunkan oleh KPM selepas Frog VLE.