Pada 28 Disember 2012 yang lalu , pihak sekolah telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2013. Aktiviti rutin tahunan ini adalah aktiviti yang di adakan pada setiap tahun sebagai mengalu alukan kedatangan murid baru ke alam persekolahan di Tahun 1.





Ibubapa khusyuk mendengar taklimat dari Guru Besar 
Selain melapor diri, ibubapa juga berpeluang untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan sekolah. Guru Besar mengambil peluang daripada program ini untuk menyampaikan maklumat sekolah dan dasar dasar baharu Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibubapa yang hadir pada hari tersebut.





murid Tahun 1 2013  mengambil ujian diagnostik 
 Selain itu, murid murid Tahun 1 telah mengambil ujian diagnostik untuk memudahkan pihak sekolah memilih murid murid mengisi kelas Jaya dan Maju.