23 Febuari 2013. Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru kali ke 25 telah berlangsung dengan lancarnya pagi tadi.  Mesyuarat telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak En. Zulhilmi bin Abd Hamid.
Perasmian oleh En Zulhilmi bin Abd Hamid

penyampaian cenderahati kepada AJK 2012
 Sebelum mesyuarat berlangsung, pihak sekolah telah menyampaikan hadiah penghargaan kepada murid murid Tahun 6 2013 yang telah memperolehi 5A dalam UPSR lepas.

Mesyuarat kali ini  sekali lagi memilih untuk mengekalkan En Mohd Zohdee bin Mohd Faiz sebagai Yang Di Pertua PIBG serta En Aidi Abdullah sebagai Naib YDP kali ini. 

Selain itu  En. Alimin telah dikekalkan sebagai Setiausaha dan Pn Norhayati Jaafar sebagai Bendahari pada sesi 2013/2014.

Beberapa ketetapan telah dibuat dan disokong sebulat suara oleh mesyuarat. Di antaranya ialah berkenaan jumlah sumbangan PIBG sebanyak RM35 untuk setiap murid.

Mesyuarat juga telah di serikan dengan persembahan menarik daripada  murid murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 6. Mesyuarat telah di tangguhkan pada jam 12.00 tengahari. Kehadiran yang menggalakkan daripada ibubapa pada mesyuarat kali ini sangat membanggakan. 

Persembahan dari Tahun 2 yang menghiburkan.