Pada 9hb November 2012 lalu, Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat telah mengadakan majlis Anugerah Cemerlang untuk memberi pengiktirafan  kepada murid murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun 2012.

Majlis ini telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Ismail Kijo Penyelaras BN Ampang merangkap Ketua UMNO bahagian Ampang.

Kategori anugerah yang di sampaikan pada hari itu  ialah Anugerah Kecemerlangan Kelas, Kecemerlangan dalam Aliran, dan Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran.Manakala kategori anugerah yang di tunggu tunggu ialah Anugerah Tokoh Murid, Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Nilam.

Adik Izza (Tokoh Murid 2012)

Pada tahun ini, adik Izza Al Fainiyah telah di anugerahi Tokoh Murid  ini atas kecemerlangan beliau dalam akademik sepanjang 2012. Beliau juga  aktif dalam bidang kokorikulum dan pernah mewakili sekolah dalam acara olahraga.

Adik Ainil Hawa pula telah memperolehi anugerah Tokoh Kokurikulum atas penglibatan aktif beliau dalam bidang sukan. Beliau juga pernah mewakili  sekolah dan daerah malah berjaya hingga ke peringkat negeri sebagai Qariah.
Adik Ainil Hawa (Tokoh Kokurikulum)


Manakala bagi anugerah Tokoh Nilam pula, adik Taib bin Ismail telah berjaya mengumpulkan jumlah bacaan buku terbanyak pada tahun ini untuk melayakkan beliau di beri anugerah tersebut.
Adik Taib Ismail (Tokoh Nilam)

Majlis ini di meriahkan lagi dengan pelbagai  persembahan menarik daripada murid murid yang telah berjaya menghiburkan penonton penonton yang hadir.
Persembahan Menarik Murid tahun 3 

Di akhir majlis, para penerima anugerah menaiki pentas sekali lagi untuk bergambar bersama sama pentadbir sekolah.

Senarai Penerima Anugerah