Latar Belakang

Sekolah Kebangsaan Taman Keramat di bina pada tahun 1979. Namun dari pertambahan murid yang agak ramai sehingga mencecah dua ribu orang menyebabkan PPD Gombak mengarahkan di bina sekolah kedua yang berkongsi bangunan yang sama namun berlainan pentadbiran.
PEMANDANGAN BLOK SEKOLAH TAMAN KERAMAT 2017

Sejarah Penubuhan SK 2

Pada tanggal Januari 1988 , Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat di bahagikan kepada dua termasuk dengan guru-gurunya yang di kenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat 1   dan Sekolah Rendah Kebangsaan 2 Taman Keramat

Dua buah sekolah ini beroperasi di bangunan yang sama namun berbeza pentadbiran, warna bendera dan juga lencana sekolah. Sesi persekolahan pagi dan petang  di buat secara bergilir antara  Sekolah 1 dan Sekolah 2.

Pada tahun 1993 hasil dari kutipan derma Jogathon , sekolah telah membina sebuah Balai Islam dan Balai Bacaan.

Blok Bangunan Sendiri 

Pada tahun 1999, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah membahagikan blok dan kawasan sekolah kepada dua bahagian.

Selepas pembahagian antara dua bahagian sekolah, SK 2 ketika itu mempunyai 1 blok bangunan batu , 2 blok bangunan kayu , 2 blok bangunan kayu pasang siap , sebuah balai Islam , sebuah balai bacaan dan kantin.

Pada 11  Januari 2003  SK 2 Taman Keramat memperolehi sebuah blok bangunan baru empat tingkat yang mempunyai 12 buah bilik darjah dan dua buah makmal komputer.


Pada tahun 2011, SK 2 Taman Keramat telah  mempunyai  sebuah blok  bangunan batu 3 tingkat yang baru bagi  menggantikan blok bangunan papan yang telah uzur disertai dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik muzik,bilik J-qaf, pejabat guru yang lebih luas,makmal sains dan bengkel kemahiran hidup.

Enrolmen 2018        : 489
Jumlah Guru          : 40 orang
Sesi Pembelajaran : 1 sesi 

DISUSUN SEMULA OLEH: 
CIKGU YUSRI
(ADMIN BLOG SEKOLAH)


Lihat Sejarah Sekolah di wikipedia Bahasa Melayu SK 2 Taman Keramat