Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah.Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menginginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. 





Objektif  utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.



Antara aktiviti-aktiviti yang akan  dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat ialah;


 i. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid
ii. Sambutan Hari ( memotong kek hari jadi dan pemberian hadiah )
iii. Program Mentor Mentee