Program The Champion ini merupakan satu gagasan idea daripada Tuan Zainureen b Hj Mohd Nor, Pengarah Pendidikan Selangor bagi mencapai target kecemerlangan peperiksaan UPSR Negeri Selangor 2015.

Program ini dilaksanakan oleh pentadbir sekolah dan guru bimbingan & kaunseling Daerah Gombak bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan kefahaman agar segala perancangan program dapat dibuat tindak susulan iaitu pelaksanaan di sekolah masing-masing.

Objektif utama program ini ialah :

i)   Memastikan Daerah Gombak mencapai 12% calon mendapat semua 5A UPSR Tahun 2015
ii)  Memastikan Negeri Selangor mencapai kedudukan sepertiga teratas peperiksaan UPSR di         peringkat kebangsaan Tahun 2015
iii) Menjadikan PdP abad ke-21 pemangkin ke arah "Selangor Maju Akademik Terbilang' (SMAT)


 SK2TK telah mengadakan program tersebut pada Isnin 3 Ogos yang lalu. Seramai 15 orang murid telah terpilih sebagai peserta Program The Champion sekolah.