OLEH: SUHANANIZAR AHMAD

 Pada 18 April 2012 yang lalu, Panitia Matematik SK2tk telah melancarkan bulan Matematik dengan tema “Mathematics is easy and fun”(Matematik mudah dan seronok).Pelancaran telah disempurnakan oleh Pn. Sharifah bt Mohamed, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.
Murid-murid turut disajikan dengan persembahan daripada murid-murid tahap 1 dan tahap 2.Pelbagai acara dan pertandingan telah disusun sepanjang sambutan bulan Matematik di samping tawaran pelbagai hadiah yang menarik untuk para pemenang.



Antara pertandingan yang akan di adakan termasuklah kuiz harian, kuiz bertulis (tahap 2),pertandingan menyelesaikan masalah Matematik dan mewarna (tahap 1) serta kuiz berkumpulan. Panitia Matematik berharap sambutan bulan Matematik ini akan dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran ini.