Pada 30 ogos yang lalu, Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya dan Ambang Merdeka yang di adakan pada hari yang sama.



Suasana semasa majlis tersebut sangat meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan murid murid dalam pelbagai persembahan.

Sambutan Hari Raya yang di uruskan pihak Panitia Agama Islam mengadakan aktiviti seperti rumah terbuka kelas dan persembahan nyanyian Lagu Raya antara kelas.



Selepas rehat, Unit Kokurikulum yang di bantu oleh Panitia Kajian Tempatan dan PSK pula mengadakan sambutan ambang Merdeka kali ke 55 peringkat sekolah.
Deklamasi Sajak dari adik Afina dan Ainil Hawa

                                           
Deklamasi Sajak dari Murid Tahun 4
Majlis ini di sambut dengan meriah dengan penyertaan murid dalam deklamasi sajak dan syair dan pakaian beragam.

Kemudian , nyanyian beramai ramai lagu lagu patriotik membakar semangat murid murid untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan
                                          



Di akhir majlis, Ketua Panitia Kajian Tempatan Cikgu Yusri melaungkan merdeka dengan penuh bersemangat.