"Berita pemergian Puan Salmah Sulaiman sangat mengejutkan saya. Arwah adalah guru yang baik yang pernah saya kenal. Kawan kawan di SK 2 Taman Keramat, anda masih ingat pada arwah? . Kali terakhir berjumpa arwah semasa Hari Raya tahun lepas, walaupun sakit, arwah sungguh-sungguh melayan tetamu"....-Nik Surinawati
"pesan dia yang paling saya ingat... 'hadir mesyurat, tidak kira dalam cuti atau hari sabtu dikira menjalankan tugas rasmi, jadi pakaian kena rasmi'.Arwah sentiasa memakai tanda nama ,sentiasa pakai kasut bertutup, dan setiap hari berbaju batik sutera...arwah SANGAT GURU...!!!!" - dari wall Fb Puan Nik Surinawati
Di kesempatan ini warga sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham. Mari kita warga SK2TK sedekahkan Surah Al fatihah kepada Allahyarham.
0 Comments